Sesi Taklimat Proof OF Concept (POC)

12 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah menyertai sesi taklimat secara maya mengenai POC yang diadakan oleh Puan Maznah dari Sprintz Designs Sdn Bhd melalui aplikasi Microsoft Team. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan mengenai konsep POC yang dapat menjana pendapatan sampingan kepada PEDi-PEDi yang terpilih.

Dalam taklimat perkongsian ini, Puan Maznah telah memperjelas mengenai senarai aktiviti yang terkandung dalam POC iaitu Local Product Aggregator, Marketplace and Communty Distribution Network, Community Jobs Placement, Community Education Hub, PUDO, eSports, Community Advertising, One Stop Shop, Ancillary Services, Advanced Training and Certification, Product Review and Studio, Space Rental and Co-Working Space dan Community Tourism. Setiap aktiviti ini mengenakan cas-cas perkhidmatan yang berbeza mengikut kategori masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali